Hubungan erat Malaysia-Arab Saudi mampu selesai isu penindasan umat Islam

DATUK Seri Anwar Ibrahim optimis dengan keakraban hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi dapat mencari jalan penyelesaian bagi isu penindasan umat Islam yang berlaku ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi terkait penganjuran Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam termasuk usaha-usaha berterusan dalam membantu saudara Islam yang ditindas amat signifikan dalam memastikan keamanan serantau dapat dipulihkan.

“Alhamdulillah diberi kesempatan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebelum saya kembali ke Kaherah, Mesir.

“Dalam pertemuan ini kami menyentuh pelbagai aspek terkait hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas khususnya menyentuh soal perdagangan dan pelaburan termasuk kerjasama dalam beberapa bidang baharu antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau, tenaga bersih, serta petrokimia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar turut memaklumkan mereka sempat bertukar pandangan berkenaan situasi serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama dalam pertemuan berkenaan.

Katanya, Malaysia bersedia menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia-Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama kedua-dua negara dengan lebih lanjut.

“Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk menjemput Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean-GCC di Kuala Lumpur.

“Saya optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi dapat menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah