Banjir kilat landa dua kampung di Raub

KUANTAN – Penduduk Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali, dekat Raub berdepan kejadian banjir kilat susulan hujan lebat berterusan awal pagi tadi.

Limpahan air Sungai Gali menyebabkan kawasan rendah di kampung itu dinaiki air dan menjejaskan 25 rumah penduduk membabitkan 99 mangsa sehingga jam 9 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub dalam kenyataan memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka berhampiran kampung terbabit.

Menurutnya, seramai 89 mangsa dari 23 keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang yang diaktifkan jam 4.30 pagi, manakala 10 lagi mangsa dari dua keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Gali yang dibuka jam 6.30 pagi.

Maklumat lengkap berkaitan mangsa dan bantuan awal sudah disalurkan melalui agensi berkaitan.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir