Selepas 51 tahun, akhir Nafas kembali ‘bernafas’

SEJAK ditubuhkan kira-kira 51 tahun lalu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) terlalu ‘bebas’ dimanipulasi oleh segelintir pemimpin mereka.

Barisan pimpinan Nafas pula bukanlah petani sejati, kebanyakannya terdiri daripada lantikan yang dibuat untuk mengekalkan kuasa kelompok tertentu.

Namun selepas Kerajaan Perpaduan mewartakan Nafas sebagai ‘Badan Awam’ pada Mei 2023, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) barulah boleh ‘masuk dan siasat’ segala kecurangan yang berpanjangan sejak lima dekad terdahulu.

Secara dasarnya, Nafas ditubuhkan bagi membantu petani berkaitan input pertanian seperti baja, benih dan racun.

Selain itu, mereka juga berperanan mengagihkan subsidi kerajaan kepada petani untuk meningkatkan pertanian diusahakan mereka.

Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas menguasai sepenuhnya proses pengagihan ini sehingga ada antaranya meraih imbuhan ‘atas angin’ lumayan.

Untuk bantuan input pertanian seperti baja, Nafas menerima peruntukan lebih kurang RM1 bilion dan pengagihannya dilakukan tanpa proses semak dan imbang.

Maka, kaya-raya AJP yang melakukan kecurangan itu dan bermewah-mewah mereka atas keringat petani seluruh negara.

Untuk memujuk kumpulan petani dan peladang, AJP ini memberikan sedikit dividen kepada mereka dengan jumlahnya jauh lebih rendah berbanding elaun diterima pihak AJP itu sendiri.

Begitulah antara masalah dalaman Nafas yang dihidu Kerajaan Perpaduan sebaik mengambil alih pentadbiran negara dan usaha untuk menyelamatkan pertubuhan peladang itu sedang dilakukan bersungguh-sungguh.

Cuma agak menyedihkan juga apabila pembangkang seperti tidak seronok apabila Kerajaan Madani mahu membantu kumpulan petani yang ditindas oleh sistem purba diamalkan Nafas selama ini.

Semoga proses reformasi dalam Nafas yang dimulakan pada 29 Oktober lalu dengan tangkapan beberapa individu penting oleh SPRM dapat mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam pertubuhan itu.

Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atas keprihatinan mereka.

Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia, warga petani dan peladang, untuk melihat negara ini kembali menjadi sebuah negara yang kukuh dan dihormati melalui tatakelola penuh integriti.

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3