Selepas bersara Peguam Negara, Terrirudin bakal dilantik Hakim Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR- Peguam Negara (AG), Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bakal dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan selepas bersara pada 11 November ini.

Terrirudin, 56, dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 September tahun lalu, bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun, yang pelantikan kontraknya berakhir pada 5 September.

Sebelum memegang jawatan AG, Terrirudin adalah Peguam Cara Negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan Terrirudin mahu isu kutipan sumbangan daripada timbalan pendakwa raya bagi menghargai jasanya tidak diteruskan.

“Walaupun tujuan kutipan sumbangan ini berniat murni, Peguam Negara telah meminta agar hasrat ini tidak diteruskan,” petik kenyataan itu.

Sebelum ini tular di media sosial dan platform Telegram bahawa jabatan terbabit diminta memberikan sumbangan wang untuk membeli hadiah sempena persaraan Terrirudin tidak lama lagi, mengambil kira banyak jasa dan usaha yang dibuatnya kepada bahagian pendakwaan.

Amaun kutipan sumbangan itu adalah mengikut gred iaitu Turus (RM500); Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A (RM400); B (RM300) dan C (RM200) manakala L44 (RM30) serta L41 (RM20).

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis