Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan RM613,000

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, pada Selasa atas tuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.

Tertuduh, Azizun Mohamad didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan wang sitaan berjumlah RM613,000.

Wang sitaan berkenaan berkait dengan Op Green iaitu operasi agensi itu yang berjaya membongkar kes penipuan pendaftaran kenderaan diesel dalam sistem mySikap pada 2019.

Kesalahan berkenaan didakwa berlaku antara 1 Jun 2020 hingga 9 Februari 2024 di Cyberjaya.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, sebatan dan boleh juga didenda.

SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang melanggar peraturan dan undang-undang bagi memastikan amanah dan tanggungjawab diberikan kepada suruhanjaya itu terus terpelihara.

“Tindakan ini mencerminkan kesungguhan SPRM dalam menegakkan keadilan dan membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa pilih kasih.

“SPRM bertekad mengekalkan ketelusan dalam setiap tindakan bagi memastikan keadilan dan proses perundangan dilaksanakan sewajarnya,” katanya.

Related Posts

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA