Anwar hairan pembangkang gigih bela T15, sepatutnya pertahan nasib 85 peratus rakyat lain

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari menyatakan rasa ‘lemas’ dan hairan melihat gelagat pemimpin pembangkang yang dianggap gigih membela golongan maha kaya.

Ketika mengulas mengenai perancangan kerajaan dalam penyasaran subsidi petrol, Anwar menjelaskan, perdebatan di Parlimen menunjukkan ramai dalam kalangan pembangkang mempertahankan golongan T15.

“Kalau dengar perdebatan di Parlimen saya dengar lemas juga, lebih ramai ahli Parlimen yang berbicara pertahankan T15 daripada (nasib) rakyat yang 85 peratus di bawah kategori M40 dan B40.

“Saya rasa aneh, ada yang kata anti maha kaya.

“Saya bukan anti maha kaya. Saya cuma kata (disebabkan) kamu kaya janganlah sampai ambil subsidi (untuk golongan rakyat biasa), kamu kaya bayarlah.

“Kalau ke hospital kerajaan, pendapatan kamu RM100,000 sebulan, bayarlah sikit.

“Kalau di universiti, kalau ayah anda berpendapatan RM100,000 sebulan maka munasabah tak kita ambil sedikit daripada mereka yuran tambahan.

“Maknanya tidak semua kemudahan pelajar ditaja… saya rasa munasabah,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan berpendapat pendekatan sebegitu bukanlah bersifat diskriminasi sebaliknya wajar kerana berdasarkan kemampuan seseorang.

Tambahan pula, kata Anwar, bayaran yang dikenakan itu bukanlah tinggi untuk kalangan yang berpendapatan tinggi.

“Apakah dia (golongan T15) kena bayar dengan beban tinggi? Tidak, bayar ala kadar saja dan dengan ini pendapatan universiti juga bertambah.

“Dengan cara itu kita bantu (pelajar dari golongan) yang di bawah. Inilah falsafah kita,” memetik Malaysiakini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian dalam program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pada Jumaat.

Sebelum ini ketika membentangkan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan langkah kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat.

Menurutnya, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan golongan T15 menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 yang bernilai RM8 bilion.

Pada masa sama, kerajaan masih memperhalusi tafsiran kategori T15 dengan mengambil kira pendapatan bersih serta lokaliti supaya pelaksanaan berlaku dengan adil.

Kajian itu, antaranya bagi menaikkan ambang kumpulan T15 kepada mereka yang bergaji sekurang-kurangnya RM15,000 ke RM20,000 sebulan.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar