Pesta Saratok 2024 lambang perpaduan dan keharmonian

Oleh: Hamiyrul Hassan

SARATOK – Pesta Saratok merupakan pesta tahunan yang berperanan besar dalam pembangunan dan perpaduan dalam kalangan penduduk Saratok dan sekitarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, Pesta Saratok merupakan lambang perpaduan dan keharmonian kerana masyarakat dapat hidup secara harmoni dan bekerjasama dalam segala hal.

‘Disebabkan perpaduan itulah saya sebagai wakil rakyat dapat merancangan untuk pembangunan demi kesejahteraan rakyat seperti mana yang digariskan dalam Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030 dalam keterangkuman sosial,” tambahnya lagi ketika berucap di Majlis Perasmian Pesta Saratok 2024 pada Sabtu.

Pada tahun ini, Pesta Saratok 2024 dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Krian turut mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti Regatta Krian 2024 yang menawarkan RM15,000.00 kepada pemenang Raja Sungai Krian, Pertandingan Petanque, Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) dan Sumbagan Tunai Rahmah (STR), Saratok Kitchen, Saratok Got Talent, Ratu Etnik Kontemporari, Perahu Berhias, Pertandingan Bertandak dan Bermukun.

Dalam majlis perasmian tersebut, turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan, tayangan montaj dan persembahan nyanyian oleh artis tempatan Saratok.

Turut disampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perahu berhias yang turut diadakan pada malam tersebut.

Turut hadir Senator Pele Peter Tinggom; ADUN Kalaka, Mohammad Duri; wakil Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang; Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amit; Setiausaha Majlis Daerah Saratok, Mccrea Joseph Pererra; Ketua-ketua Jabatan, Kaunselor, Ketua Kaum dan Masyarakat dan orang ramai.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran