Mahu petrol murah seperti waktu PKP, MP Kepala Batas ‘ditibai’ netizen

KEPALA BATAS – Kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad di Parlimen baru-baru ini mencetuskan pendebatan ramai apabila membangkitkan semula mengenai petrol RON95 yang dinikmati pada harga yang lebih rendah ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ketika zaman Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, rakyat dapat menikmati harga petrol RON95 pada jarga serendah RM1.35 per liter.

“Malah masih ramai yang menanti-nanti untuk menikmati harga tanpa subsidi RON95 serendah RM1.35 seperti ketika zaman YB Pagoh bersama Perikatan Nasional memimpin kerajaan,” katanya.

Susulan selepas video tersebut tular di media sosial, rata-rata pengguna menganggap ahli Parlimen tersebut tidak rasional dalam membuat perbandingan kerana membandingkan keadaan ekonomi negara sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dahulu.

“Mempunyai sijil PhD bermaksud seseorang ada kepakaran dalam sesuatu bidang tetapi bukan bermaksud genius dalam semua perkara, dalam kes ini, seorang ahli politik cuba bangkitkan idea yang tidak relevan bukan disebabkan kebodohan tetapi cuba membentuk persepsi dengan pandangan retorik,” luah @saifulhisyam.

“Suka saya ingatkan, MP Kepala Batas ini ada PhD, dia boleh minta harga minyak RM1.35 macam zaman PKP dulu, masa harga minyak 30 dolar per barrel,” kata seorang pengguna di laman X.

“Harga masa PKP, kau boleh buat mandi, tiada siapa peduli pun, pemilik kenderaan hanya isi minyak sebulan sekali, berbulan kereta tidak berjalan sebab PKP,” seloroh @nikmuhammad hafizie.

Sementara itu, ada juga berpendapat, penduduk Kepala Batas kerugian besar apabila telah menolak bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Sayang rakyat Kepala Batas, ada pemimpin yang bagus dan sentiasa membela rakyat, Datuk Seri Reezal Merican tapi ditolak. Tapi tidak mengapa PRU akan datang kalih (ubah) semula dan angkat balik Datuk menjadi yang berkhidmat untuk Kepala Batas,” ujar @azha733.

“Sebagai warga Kepala Batas, malu aku ada MP macam ini, aduh,” komen @asyikinmusa.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar