Malaysia tidak akan tebang hutan lagi untuk tanam sawit – Johari

MALAYSIA tidak akan menebang kawasan hutan untuk penanaman sawit, sebaliknya akan menumpukan kepada usaha meningkatkan hasil pengeluaran sawit.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, minyak sawit Malaysia secara khusus merangkumi 5.7 juta hektar kawasan tanaman kelapa sawit, yang membentuk hanya 0.1 peratus daripada tanah pertanian global, tetapi menyumbang 20 peratus eksport minyak dan lemak yang boleh dimakan dunia.

Jelas Johari, minyak sawit adalah tanaman yang sangat cekap, dengan mencapai hasil sebanyak 3.3 tan sehektar berbanding minyak kacang soya (0.5 tan sehektar), minyak biji sesawi (0.8 tan sehektar) dan minyak bunga matahari (0.8 sehektar).

“Kita tidak lagi akan melakukan sebarang penebangan hutan di negara kita. Kita ada 5.7 juta hektar, itu sudah cukup.

“Sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan hasil, menghasilkan secara mampan dan mendapat nilai maksimum yang lebih baik daripada terus memperluaskan penggunaan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2024 (OFIC 2024) anjuran Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (Mosta), pada Selasa.

Hadir sama, saintis dan ahli akademik yang juga tokoh industri sawit Malaysia, Tan Sri Profesor Emeritus Dr Augustine S. H. Ong.

Mengulas lanjut, Johari berkata, bagi memastikan Malaysia boleh terus menjadi pembekal yang boleh dipercayai kepada rakan dagangan, kerajaan sedang berusaha untuk memastikan minyak sawit negara ini kekal sebagai minyak makan pilihan.

Kata Johari, skim pensijilan yang dibangunkan Malaysia iaitu Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), mampu menangani kriteria kemampanan global utama, melalui kebolehkesanan produk, bebas penebangan hutan, kesahihan hak milik tanah dan amalan buruh yang bertanggungjawab.

Memetik laporan BH beliau berkata, sehingga Ogos 2024, seluas 4.6 juta hektar bersamaan dengan 81.24 peratus daripada ladang kelapa sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO, menggariskan ikrar negara ini terhadap agrikomoditi yang dihasilkan secara mampan.

Malah, Johari berkata, peserta industri sawit di negara ini juga boleh menggunakan model ekonomi kitaran bagi meningkatkan kecekapan operasi dalam pengurusan sisa sawit.

Beliau berkata, penggunaan teknologi boleh menukar sisa sawit kepada tenaga, sekali gus membantu negara untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil bagi penjanaan tenaga.

Malah, katanya, tenaga boleh baharu yang dijana itu juga akan menyokong matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2030.

“Katakan satu kilang sawit boleh menjana lima megawatt (MW), kalau ada 400 kilang misalnya, kita boleh menjana 2,000 MW tenaga boleh baharu (daripada sisa buangan sawit).

“Ketika ini, hanya 20 peratus daripada 446 kilang memproses kelapa sawit yang telah menggunakan sisa demikian bagi menjana tenaga,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar