Rafidah ingatkan kerajaan pantau ketat pelaksanaan Belanjawan 2025, elak ketirisan

PELAKSANAAN setiap agenda yang terkandung dalam Belanjawan 2025 wajar diberi perhatian serius dan teliti agar tidak berlaku sebarang kebocoran, lencongan, ketirisan mahupun pembaziran.

Hal ini kerana sekiranya berlaku kebocoran itu ia akan memberi impak beban kos kepada rakyat sekali gus menjejaskan negara, demikian pesan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Dalam pada itu, Rafidah mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

Pun begitu, beliau mengingatkan kerajaan supaya melakukan pemantauan ketat supaya tidak berlakunya pembaziran dan matlamat perbelanjaan yang sebenar dapat dicapai.

“Ada pesanan orang tua-tua bahawa besar periuk, besarlah pula keraknya. Kerak hangus dan tidak boleh dimakan, merupakan satu pembaziran.

“Maka kerajaan perlu pastikan, antara lain kerak nasi tidak ada dan semua nasi boleh dimakan,” katanya dalam catatan di Facebook, pada Ahad.

Untuk rekod, sejumlah RM421 bilion atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diperuntukkan bagi Belanjawan 2025.

Menurut Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, angka itu meningkat 3.3 peratus berbanding RM407.5 bilion yang diperuntukkan pada Belanjawan 2024 yang disemak semula.

Memperincikan lanjut, Rafidah menyatakan, kerajaan juga perlu memastikan tidak ada lencongan peruntukan kepada ‘orang tengah’, tiada analisa kos dan faedah serta proses untuk mengesan arah aliran perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran.

Tegas Rafidah, ketirisan boleh berlaku sekiranya tiada mekanisme untuk mengesan setiap perbelanjaan dan peruntukan, diikuti dengan sistem pengawasan yang lemah.

“Ada jabatan-jabatan yang tiada sistem-sistem yang efektif untuk mendapat laporan berkala, dalam usaha mengesan setiap bentuk dan jumlah perbelanjaan dari peruntukan yang disediakan.

“Contohnya, projek-projek infrastruktur dan bekalan peralatan seperti untuk angkatan-angkatan tentera udara, laut, dan darat,” katanya.

Ujar Rafidah lagi, Belanjawan 2025 dirumus dengan niat yang baik tetapi pelaksanaannya mesti diberi perhatian serius dan teliti.

“Jika tidak setiap kebocoran, lencongan, ketirisan dan pembaziran akan merupakan beban kos kepada rakyat, dan penjelasan kepada Malaysia, negara kita.

“Membanteras korupsi dan rasuah pasti bermula dengan niat yang baik. Tetapi niat itu mesti seterusnya disusuli dengan tindakan dan usaha yang serius dan komited.

“Rakyat tidak mampu dan tidak sanggup melihat nasi dalam periuk semakin tebal keraknya,” tegas Rafidah lagi.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula