MB Johor simpati keadaan daif Klinik Kesihatan Gelang Patah

ISKANDAR PUTERI – Kewujudan Klinik Kesihatan Gelang Patah, di sini, yang telah bertapak sejak sekian lama dilihat semakin tidak mampu menampung jumlah populasi penduduk sekitar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasil tinjauan beliau semalam mendapati, purata harian pelawat ke fasiliti kesihatan berkenaan berjumlah lebih 800 orang di mana populasi penduduk sekitar pula mencecah hampir 100,000 orang.

“Saya berasa amat sedih dan kecewa melihat keadaan yang sangat daif di Klinik Kesihatan Gelang Patah.

“Beberapa perkara telah diutarakan pihak pengurusan klinik dan orang awam antaranya ruang klinik yang sesak dan sempit, keadaan fasiliti seperti kerusi, kipas serta pendingin hawa usang atau rosak di ruang menunggu, parkir kenderaan terhad dan tidak tersusun di kawasan klinik selain kekurangan aset seperti mesin ultrasound serta komputer,” katanya.

Terdahulu, beliau memuat naik aktiviti lawatan berkenaan di akaun Facebooknya.

Onn Hafiz memberitahu, terdapat cadangan untuk pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di kawasan Iskandar Puteri.

“Kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin bagi menyelesaikan isu ini, selain turut melaksanakan penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan sedia ada.

“Saya sedar dan insaf masih banyak yang perlu dilakukan dalam mempertingkat kualiti fasiliti kesihatan di Johor. Namun, saya percaya dengan kerjasama, usaha dan sokongan semua pihak, segala apa yang direncanakan mampu direalisasikan,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran