Pembangkang cuba main naratif mengelirukan susulan cadangan penyasaran subsidi RON95

DAKWAAN Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berhubung cadangan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan, dilihat sebagai cubaan mewujudkan naratif palsu bagi mengelirukan rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebagai seorang pemimpin, Ahmad Fadhli seharusnya memahami dan meneliti cadangan itu secara menyeluruh sebelum mengeluarkan kenyataan bersifat ‘separuh masak’.

“Mengapa (Ahmad Fadhli) tidak menyebut sekali subsidi penyasaran berkenaan lebih tertumpu kepada usaha untuk menghentikan penggunaan 40 peratus bahan api bersubsidi oleh golongan T15 dan warga asing? Itulah ‘ibu segala isi’ cadangan kerajaan.

“Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jaminan 85 peratus rakyat terbanyak tidak akan terkesan dengan cadangan itu.

“Perkara ini tidak diceritakan, yang diceritakan ialah kisah ‘separuh masak’ iaitu kerajaan nak tarik subsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu hantaran di Facebook mendakwa jangkaan penarikan subsidi RON95 dilaksanakan selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota pada 28 September lalu ‘menjadi kenyataan’.

Muhammad Kamil berkata, hingga kini pembangkang bukan sahaja gagal memberikan kritikan membina, sebaliknya kerap mewujudkan spekulasi jahat bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Kerajaan berdepan cabaran dan asakan berlandaskan fitnah dan kecaman kerana hasutan mereka membangkitkan emosi, sikap prasangka serta kebencian dan bukannya menggunakan pertimbangan rasional,” katanya.

Related Posts

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula