Nilai ringgit meningkat sedikit menjelang pembentangan Belanjawan 2025

PUTRAJAYA – Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pagi ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.

Pada jam 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3050/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3075/3105 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini, menjadi agenda utama, dengan peniaga dijangka menumpukan perhatian kepada sasaran defisit fiskal tahun depan.

“Mereka juga akan meneliti langkah-langkah kerajaan yang akan diumumkan untuk mengekalkan kadar pengukuhan fiskal dan pada masa yang sama, terus menyokong ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi turun di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan yang lemah dalam sektor pembuatan.

Di peringkat global, katanya Indeks Dolar AS terus mendapat sokongan yang baik dengan Bank Pusat Eropah menurunkan kadar dasar mereka sebanyak 25 mata asas semalam.

“Ini berlaku apabila Rizab Persekutuan AS dilihat tidak begitu berminat untuk melaksanakan pelonggaran dasar monetari yang agresif disebabkan ekonomi AS yang berdaya tahan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6615/6831 daripada 4.6771/6803 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8673/8808 daripada 2.8790/8812 pada Khamis.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound kepada 5.6025/6286 daripada 5.5967/6006.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2758/2912 daripada 3.2782/2807 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9614/13.0326 daripada 12.9619/9776.

Ia turut dibuka tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 277.5/279.0 daripada 277.7/278. Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.48 daripada 7.44/7.46.

Related Posts

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat pencapaian bersejarah menerusi penerbitan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion apabila merekodkan spread terendah pernah dicapai bagi terbitan sukuk antarabangsa negara. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL bantu perkukuh ekosistem ekonomi Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang