Geran transformasi akan diwujud bantu pengamal media – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi sedang meneliti keperluan mewujudkan geran transformasi dalam usaha membantu pengamal media yang terkesan dengan penyusutan ekonomi yang dialami organisasi media.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan maka kini, kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti keperluan menyediakan geran transformasi.

Fahmi juga memberitahu, semalam Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menghubungi beliau bertanya tentang masalah kegagalan organisasi media gagal melunaskan gaji dan melahirkan rasa risau tentang aspek hak para pekerja termasuk di kalangan wartawan apabila mereka tidak menerima gaji apatah lagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Maka saya gunakan platform (himpunan bulanan Kementerian Komunikasi) pada hari ini untuk memberi peringatan kepada organisasi media. Di pihak kementerian dan kerajaan kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu rakan-rakan media mengemudi perubahan ini. Kita tahu baru-baru ini beberapa bulan lalu Google telah melancarkan satu program pendigitalan membantu lebih kurang 30 organisasi media memahami bagaimana mereka boleh mencari pendapatan baharu melalui format-format digital.

“Pada masa sama kementerian dan MCMC kita kena berhati-hati dengan apa yang sedang berlaku, kita tidak mahu satu keadaan di mana terlalu ramai rakan-rakan media yang hilang kerja justeru, komitmen kita kepada kebebasan media juga bermaksud komitmen kita untuk meneliti aspek ekonomi bagi organisasi media.

“Jadi Insya-Allah nanti saya, Timbalan Menteri (Teo Nie Ching), Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Datuk Mohamad Fauzi Md Isa) dan MCMC ingin meneliti supaya ada satu cara selain daripada Tabung Kasih@Hawana. Mungkin ada rakan media, wartawan akan hadapi tekanan ekonomi seperti ini dan kita cuba bantu, berhubung juga dengan Kementerian Kewangan melibatkan Tabung Kasih@hawana ini diuruskan segera.

“Di pihak MCMC saya lihat ada keperluan untuk teliti geran transformasi yang mungkin kita akan bincangkan nanti,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada Khamis.

Tegas Fahmi, natijahnya tidak boleh ada satu keadaan di mana wartawan terkesan sehingga hilang kerja.

“Tapi kita juga tahu bahawa model perniagaan bagi syarikat media juga terpaksa berubah.

“Saya sedih apabila rakan-rakan media yang saban hari berdepan dengan keadaan yang merisaukan. Sebelum ini saya pernah sebut perbelanjaan pengiklanan untuk media di Malaysia dianggar berkurangan daripada RM4.5 bilion ke RM2 bilion setahun. Kehilangan RM2.5 bilion ini menyaksikan syarikat-syarikat membuat pengiklanan terus melalui media sosial dan tidak melalui syarikat media seperti kelaziman sebelum ini.

“Apakah kesannya? Syarikat-syarikat media yang kecil dan besar yang gergasi yang kita rasakan kalis perubahan zaman pun terkesan bahkan akhbar yang dulunya membuat cetakan harian mungkin beratus ribu hari ini telah kehilangan rangkaian penghantar surat khabar, dah tak ada sangat orang yang hantar surat khabar.

“Kita lihat baru-baru ini Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) dan kumpulan pendesak Gerakan Media Merdeka (Geramm) meminta supaya organisasi media melunaskan hutang gaji para wartawan yang tidak dibayar, kita tidak boleh mengekang perubahan zaman dengan adanya pelbagai media sosial tapi masa yang sama kita tak nak berlaku ‘cannibalization’ di mana dengan keluarnya aliran dana bagi pengiklanan ini maka terkesan terutama etika kewartawanan.

“Maka ini saya ambil kesempatan kita bukan hanya mahu badan dan minda yang sihat, Pos Malaysia yang sihat kita nak juga media yang sihat, ini kita akan teliti,” ujar Fahmi.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok