Bursa Malaysia bermula tinggi ekori Wall Street

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.46 mata kepada 1,634.43 daripada 1,629.97 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.61 mata kepada 1,633.58.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 218 berbanding 123 manakala 239 kaunter kekal tidak berubah, 1,838 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 170.99 juta unit bernilai RM83.69 juta.

Senarai gaji bukan ladang AS meningkat sebanyak 254,000 pekerjaan pada bulan lepas selepas semakan semula kepada 159,000 pada Ogos; pengangguran susut kepada 4.1 peratus pada September.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga memantau dan membeli saham teknologi terpilih berdasarkan sentimen positif Wall Street dan ringgit yang rendah sedikit.

“Selain itu, lonjakan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah dijangka meningkatkan minat pelabur terhadap sektor minyak dan gas serta perladangan,” katanya.

Menjelang Belanjawan 2025, katanya peniaga turut dijangka melabur dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM10.48 dan RM14.26. CIMB berkurangan satu sen kepada RM7.19 manakala Public Bank menambah empat sen kepada RM4.57 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM7.25.

Daripada kaunter aktif, OCR Group merosot setengah sen kepada tiga sen manakala Velesto Energy meningkat satu sen kepada 21.5 sen, 99 Speed Mart menambah enam sen kepada RM2.35, Capital A naik 1.5 sen kepada 88 sen dan Sanichi tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 38.08 mata kepada 12,247.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.27 mata kepada 12,161.48, Indeks FBMT 100 menambah 36.60 mata kepada 11,937.17, Indeks FBM 70 menokok 68.35 mata kepada 17,354.76 dan Indeks FBM ACE naik 16.33 mata kepada 5,125.85.

Related Posts

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan dan keyakinan pelabur diperkukuh. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kemajuan JS-SEZ perlu dinilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang