Pemimpin rasuah punca kemiskinan rakyat tak pernah selesai – Anwar

JASA kepada negara bukan lesen untuk bekas pemimpin mengaut kekayaan secara salah dan mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap korup pemimpin negara terdahulu dalam pentadbiran menyebabkan masalah kemiskinan terus membelenggu rakyat dan perkara itu tidak selesai meskipun kerajaan silih berganti.

Tanpa merujuk mana-mana individu secara spesifik, beliau mencabar bekas pejuang Melayu terbabit supaya memulangkan semula harta negara yang disimpan di luar negara kepada rakyat.

“Kita bersikap tegas. Siapa yang punggah kekayaan berbilion ringgit, tak peduli pemimpin dulu atau sekarang, tindakan harus diambil.

“Ini masih dijadikan alasan politik… oh kesian dia dulu berjasa. Semua orang berjasa, ketua kampung, penghulu pun berjasa, namun adakah bila berjasa tu boleh curi duit masjid?

“Kenapa Menteri Kewangan fikir dia ada jasa, maka boleh curi berbilion ringgit? Kalau benar pemimpin-pemimpin Melayu yang rompak harta negara ini yang ada kekayaan berbilion ringgit di Malaysia, di Amerika Syarikat, di England, dia Eropah… sebagai seorang pejuang Melayu, serahkan balik wang kamu curi kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar 100 Tahun Za’ba Pemikir Kemiskinan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjung Malim pada Sabtu.

Program berkenaan bertujuan mengangkat jasa Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad sebagai pemikir kritis, keupayaan unik beliau menganalisis peradaban orang Melayu dalam semua aspek termasuk konsep kemiskinan merentas zaman.

Sepanjang hayatnya, Za’ba mencetuskan kebangkitan bangsa serta melontarkan permasalahan kemiskinan pelbagai dimensi merangkumi harta benda, cita-cita, pendidikan dan sikap atau akhlak.

Za’ba percaya bahawa kemiskinan bukan sahaja dalam bentuk material, tetapi juga `kemiskinan minda’ yang menjadi permasalahan utama orang Melayu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UPSI, Datuk Professor Dr Md Amin Md Taff, lapor BH.

Anwar berkata, pelbagai program bantuan kewangan dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat miskin, bagaimanapun kadang-kala berlaku salah guna kuasa menyebabkan ketirisan.

“Bayangkan kalau RM22 bilion diperuntukkan bagi satu tahun dan kita urus dengan baik, maka selesai masalah kemiskinan.

“Kerajaan silih berganti, Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan partinya silih berganti tetapi kemiskinan masih tidak selesai.

“Sebab itu, apabila kita ada kesempatan, peluang Kerajaan Madani mulakan prinsip tatakelola dari atas. Kalau itu dapat dilakukan, apa yang diidamkan oleh Za’ba kemudian diulas oleh para sarjana, mudah kita selesaikan,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar