Mayat Hassan Nasrallah sudah ditemukan

MAYAT Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, sudah ditemukan, menurut sumber yang rapat dengan pergerakan itu, semalam.

“Mayatnya ditemukan pada Sabtu dan sudah dikafankan semalam (Ahad) selepas dimandikan,” kata sumber itu, yang enggan dikenali.

Menurut sumber itu lagi, majlis pengebumian pemimpin Hizbullah itu masih belum diatur.

Sebelum kematiannya pada Jumaat lalu, ketika jet Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan ibu negara Lebanon, Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di negara itu.

Selama lebih tiga dekad, beliau mengetuai gerakan yang disokong oleh Iran yang juga musuh ketat Israel.

Serangan udara Jumaat lalu juga membunuh komander tertinggi kumpulan itu, Ali Karake, di selatan Lubnan, kata Hizbullah semalam.

Pergerakan itu bagaimanapun, tidak menamakan orang lain yang meninggal dunia bersama Nasrallah dan Karake.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata, bahawa ‘lebih 20 pemimpin lain daripada pelbagai pangkat’ turut terkorban dalam serangan itu.

Pihak berkuasa di Lubnan memberikan angka sementara enam kematian, tetapi memandangkan skala kemusnahan yang berlaku, jumlah kematian dijangka lebih tinggi.

Pinggir selatan Beirut dan selatan serta timur Lubnan telah menjadi sasaran pengeboman hebat Israel sejak Isnin lalu dengan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan lebih 700 orang terbunuh dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok