‘Hussien, esok lepas Subuh terus kerja untuk rakyat,’ pesan MB Johor

KLUANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Syed Hussien Syed Abdullah untuk terus berkhidmat sesudah Subuh esok selepas mendapat mandat besar daripada pengundi N.29 Mahkota.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota itu turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN) dan Perpaduan yang sudah berjuang dengan semangat luar biasa sekali gus meraih majoriti unggul 20,609.

“Syukur alhamdulillah, dengan semangat luar biasa ini, calon kita (BN) Syed Hussien menang dengan majoriti besar 20,609. Ini adalah berkat usaha semua yang telah berusaha siang dan malam dalam tempoh sebulan, dua ini untuk menangkan calon kita.

“Sebagai Pengarah PRK DUN Mahkota, saya ucapkan terima kasih kepada pengundi kerana telah menghadiahkan mandat yang begitu baik kepada Syed Hussien.

“Hari ini rakyat undi Syed Hussien, esok selepas Subuh dia kena terus buat kerja untuk bela rakyat di sini (Mahkota),” gesa Onn Hafiz ketika berucap Bilik Gerakan Utama BN di Taman Sri Kluang pada Sabtu.

Onn Hafiz turut menyampaikan salam daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menitipkan ucapan penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN)- Pakatan Harapan (PH) dan rakyat secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz secara peribadi menilai gerak kerja PRK Mahkota ini sebagai kempen yang luar biasa.

“Secara peribadi, ini kempen yang luar biasa dalam sejarah. Saya tak pernah tengok semua jentera sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bersama komponen BN; MCA, MIC, PH; PKR, DAP dan Amanah kerja keras begini. Bahkan, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkempen macam dia calon.

“Saya bersyukur peringkat BN kita kempen secara sihat. Permuafakatan itu cukup penting, dalam kita ghairah berkempen jangan lupa ada had dan batasan untuk menangkan Syed Hussien.

“Kita ada banyak lagi kerja untuk penuh jayakan visi dan aspirasi membangunkan Johor yang kita cintai, terutamanya Kluang dan Mahkota.

“Lepas ini jangan toleh belakang, terus kerja untuk rakyat bangunkan negeri yang kita cintai ini,” ucap Menteri Besar Johor itu lagi.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka