Anwar selar pihak tabur fitnah, aibkan dirinya

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan menabur fitnah dan membuat tuduhan liar terhadapnya.

Perdana Menteri berkata, ada isu puluhan tahun lalu diungkit semula dengan niat memfitnah dan mengaibkan beliau.

“Kamu hinalah banyak mana pun… berpuluh tahun saya dihina, (sebagai) ejen Yahudi, ejen Israel, main lelaki, main perempuan… yang belum kata, main dengan lembu saja belum.

“Jadi, kamu nak hina… tidak ada makna. Tapi biar mengikut adab dan akhlak.

“Kamu tahu hukum. Nak bawa kes, saya boleh cerita tetapi saya nak maju ke depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama komuniti setempat dan warga kerja Westports 2, dekat Klang, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan biar apapun penghinaan diterimanya, beliau komited memastikan politik negara terus stabil membolehkan dasar dirangka kerajaan dilaksanakan dengan jayanya.

“Ini Madani, tatakelola mesti baik. Cara dulu mahu buat kontrak, sakau sana, sakau sini, tidak payah tender… itu mesti dihentikan. Yang bocor, dicuri ini semua mesti ditahan.

“Sebab itu kena yakin apabila semua ini mula berlaku, kita akan mula melihat perubahannya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyelar kenyataan pembangkang yang mempertikai syarat mengisytiharkan harta sebagaimana terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

“Mereka tanya mengapa Perdana Menteri tidak isytihar (harta)… saya tiada masalah, boleh isytihar.

“Ini tidak, kamu dakwa isytihar harta itu seksa. Baru minta isytihar harta kata diseksa, aku dalam penjara 10 tahun lebih.

“Saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu. Saya hanya mahu jaga negara ini supaya menjadi lebih hebat dan cemerlang, jadi contoh terbaik (kepada dunia),” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar