KEDA peruntuk RM115,000 bantu mangsa banjir Kedah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memperuntukkan sebanyak RM115,000 bagi penyediaan bakul makanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di wilayahnya.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff, selepas beliau meninjau dan menyantuni mangsa banjir di sekitar Kampung Seberang Perak yang juga merupakan lokasi program Santuni Madani bagi agensi ini.

Menurut Ismasuhaimi, peruntukan tersebut melibatkan bantuan RM80,000 bagi mangsa di luar Desa KEDA, RM30,000 bagi mangsa dari kalangan staf KEDA, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta penduduk Desa KEDA manakala selebihnya ada bagi penduduk dalam kawasan program Santuni Madani ini.

Menurut beliau lagi, selain menyediakan bakul makanan, KEDA telah menggerakkan kembali pasukan tugasan khas (Task Force) sukarelawan iaitu Skuad Prihatin KEDA.

Kolej KEDA yang juga merupakan salah satu entiti di bawah KEDA juga telah menghantar seramai 15 orang pelajar dan seorang guru pengiring dalam Misi Bantuan Bencana yang bermula pada 21 hingga 23 September 2024.

Misi ini telah dilancarkan oleh Persatunan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Negeri Kedah yang bertujuan bagi melancarkan proses agihan barangan bantuan bencana kepada mangsa banjir di kawasan terjejas.

“Kami berharap bantuan bakul makanan yang diberikan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan dan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

“Saya juga telah mengarahkan pegawai-pegawai KEDA di Zon untuk mengumpulkan data berkenaan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir untuk kita bantu atau panjangkan kepada pihak berwajib.

“Kolej KEDA melalui pelajarnya juga akan turun untuk membantu mangsa memperbaiki perkakasan elektrik yang rosak akibat banjir ini,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, KEDA telah menyerahkan 50 set bakul makanan kepada jawatankuasa Masjid Al-Ihsan untuk diserahkan kepada anak kariah yang terjejas.

Sumbangan ini telah diterima oleh Imam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan, Muhammad Fitri Abdul. Turut hadir dalam sesi ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Afifah Omar.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan