Kalau betul nak uji kekuatan, lebih baik bubar DUN Kelantan – Puad

KLUANG -“Kalau ketagih sangat bubar Dewan Rakyat untuk uji kekuatan, lebih baik bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,” saran Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata demikian memandangkan, Perikatan Nasional (PN) baru sahaja kalah teruk di Nenggiri.

“Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris tidak perlu cabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bubar Parlimen. Ia buang masa, membazir dan menyusahkan rakyat.

“Razali terlalu naif. Pilihan raya baru berlalu. Rakyat sudah buat pilihan. Anwar cabar PN bawa usul undi tidak percaya di Parlimen kerana PN masih bermain isu mereka cukup bilangan kerusi.

“PN hanya ada satu pilihan. Iaitu guna kaedah tebuk atap, kita cabar PN untuk pujuk mana mana parti dalam kerajaan perpaduan ‘pull the plug’ kalau benar kerajaan hari ini pecah,” bidas Speaker DUN Johor itu lagi.

Terdahulu, seorang pemimpin Bersatu mencabar Perdana Menteri Anwar membubarkan Parlimen segera untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mendakwa pilihan raya kilat disifatkan jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini, bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat seperti gesaan Anwar kepada pembangkang, Jumaat lalu.

Related Posts

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

SEGAMAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit menampilkan tiga tekad utama dalam membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya menang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor sedang menuju era baharu, Haniff gariskan lima sebab PH wajar diberi mandat lima tahun

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Haniff Hosman menggariskan lima sebab utama mengapa rakyat Johor perlu memberikan mandat penuh selama lima tahun kepada Pakatan Harapan bagi meneruskan agenda pembangunan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan