Ordinan Buruh Sarawak akan dibentang di Parlimen

KUCHING – Menteri Sumber Manusia, Sim Chee Keong berkata Ordinan Buruh Sarawak akan dibentang dalam persidangan Parlimen pada hujung tahun ini.

Ujar beliau, perkara ini merupakan berita baik untuk golongan pekerja di Sarawak.

“Ordinan Buruh Sarawak merupakan usaha yang baik untuk golongan pekerja di Sarawak dengan sokongan Premier Sarawak sendiri,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, pekerja di Sarawak mempunyai hak dan perlindungan yang sama seperti pekerja di Semenanjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Sementara itu, Sim mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak atas sokongan dalam memastikan Ordinan Buruh Sarawak selaras dengan Akta Kerja 1955.

“Premier Sarawak (Abang Johari) banyak membangkitkan isu keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor tinggi,” kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, keperluan latihan kemahiran untuk memupuk bakat khususnya anak Sarawak dalam sektor tinggi.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mengadakan kolaborasi antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerajaan Sarawak untuk menambah baik pendidikan kemahiran di Sarawak.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok