Kerjasama antarabangsa mampu perangi penyakit tropika – Dr Sim

KUCHING – Kerjasama antarabangsa sangat penting dalam usaha memerangi penularan penyakit tropika.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pertukaran maklumat dan perkongsian hasil kajian sangat diperlukan dalam ekosistem perubatan tropika.

“Mengumpul hasil penyelidikan bukan mudah, tetapi ia sangat penting dalam usaha mengekang penularan penyakit tropika,” kata beliau.

Tambah beliau, penularan penyakit dapat menjejaskan orang awam terutama mereka di kawasan berpendapatan rendah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria Ke-21 (ICTMM 2024) pada Khamis.

Dr Sim merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkongsi pengalaman beliau ketika melawat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Washington dan Atlanta, Amerika Syarikat.

“Saya dapat tahu sistem pemantauan penyakit global mereka mampu bertindak balas dengan sebarang wabak di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam,” ujar beliau.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok