Jeffrey ajak rakyat Sabah sama-sama rai Hari Sabah, 31 Ogos ini

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah dijemput hadir memeriahkan Hari Sabah 2024 pada 31 Ogos ini bagi mengenang hari bersejarah yang telah tercicir selama 60 tahun. 

Menurut Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan Hari Sabah adalah sejarah yang tercicir dan perlu difahami oleh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah bahawa Sabah pernah merdeka pada 31 Ogos 1963 sebelum pembentukan Malaysia. 

“Marilah kita sama-sama meraihkan Hari Sabah dan mengenangkan hari bersejarah ini yang telah tercicir dan ada kalanya telah diketepikan supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini di masa akan datang. 

“Kita perlu memperbetulkan dan memastikan sejarah ini juga dimasukkan dalam pembelajaran kita supaya kita boleh mengenali negeri kita dan mengenali sejarah kita kerana dari sejarahlah kita belajar untuk menguruskan masa hadapan kita,” katanya dalam sidang media di Menara Kinabalu, pada Khamis. 

Jeffrey berkata, pihaknya dalam usaha untuk memasukkan sejarah Hari Sabah dalam silibus pembelajaran subjek Sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia dan telah mendapat persetujuan dalam Kabinet dan Parlimen. 

Beliau turut berharap penganjuran Ceramah Perdana sempena Sambutan Hari Sabah 2024 yang dianjurkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dapat menambahkan ilmu para peserta yang merupakan warga Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan serta memahami secara mendalam maksud Hari Sabah agar lebih yakin dan bersemangat untuk meraihkan Hari Sabah.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing