OB Esscom tahan 17 PATI, rampas rokok tanpa cukai RM161,882.16

SANDAKAN – Sebanyak 523 rumah di empat lokasi sekitar koloni setinggan haram diperiksa di daerah ini seterusnya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas rokok seludup dalam operasi bersepadu (OB) Eastern Sabah Security Command (Esscom), baru-baru ini.

Komandernya, Datuk Victor Sanjos berkata, seramai 17 daripada 876 individu ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum diusir pulang ke negara asal.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula merampas pelbagai rokok tanpa cukai dengan nilai rampasan berjumlah RM161,882.16.

“Selain itu, operasi pemotongan sambungan air dan elektrik haram turut dijalankan sekitar lokasi-lokasi tersebut,” jelasnya dalam kenyataan, Sabtu lalu.

Beliau berkata, objektif OB yang dikoordinasi oleh ESSCOM itu dijalankan bertujuan mengesan kehadiran PATI yang boleh mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.

Tambahnya, operasi bersepadu melibatkan sebanyak 202 pegawai dan anggota dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), serta jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Menurut Victor, kejayaan operasi bersepadu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi Saggah Esscom.

“Hal ini juga dapat memperkasa operasi sedia ada bersama penguat kuasa lain selaras dengan hasrat Esscom iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

“Operasi ini juga bagi memastikan ancaman pencerobohan anasir asing dapat dikekang serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur Sabah,” katanya.

Masyarakat juga diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 atau melalui WhatsApp 011-63311072.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan