SUKMA: Regu sepak takraw Melaka rangkul pingat emas

AYER KEROH – Regu lelaki Melaka mengesahkan pingat emas selepas menundukkan Perak 2-1 dalam aksi final sepak takraw Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Stadium Muhibbah, Bintulu pada Jumaat.

Dalam aksi regu itu Melaka berjaya mencipta kemenangan sekali gus menjadi pingat tunggal dibawa pulang ke bumi Melaka dalam acara tersebut.

Regu Melaka dibarisi Adam Ameerul Khairul Anuar, Muhammad Raqib Effendi dan Muhammad Syakir Jamal bermula sedikit goyah apabila tewas set pertama 12-15 sebelum bangkit pada set kedua dengan melakar kemenangan 17-15.

Di set terakhir, trio Melaka bagaikan sukar ditandingi apabila mudah memenangi perlawanan dengan kemenangan 15-4, sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak untuk pingat emas.

Kemenangan ini menandakan akhir penantian selama 20 tahun bagi Melaka untuk meraih pingat emas dalam acara ini, setelah kali terakhir mereka memenanginya pada 2004.

Jurulatih pasukan sepak takraw Melaka, Mohd Kamarudin Kasim menyatakan bahawa kejayaan ini merupakan hadiah yang sangat bermakna bagi pasukannya, terutama selepas dua dekad tanpa sebarang kejayaan.

Katanya lagi, kejayaan ini membuktikan bahawa pasukan Melaka setanding dengan pasukan-pasukan yang lain.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula