Wilayah Persekutuan pencabar terdekat Sarawak buru juara SUKMA 2024

KUCHING: Hasrat Sarawak untuk muncul sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 terus mendapat saingan sengit daripada kontinjen Wilayah Persekutuan.

Berbaki dua hari sebelum acara SUKMA melabuh tirainya, Wilayah Persekutuan semakin merapatkan jurang apabila kedua-dua kontinjen tersebut hanya dipisahkan oleh 7 pingat emas, berbanding 10 pingat sebelum ini.

Sarawak terus kekal berada pada puncak carta pingat dengan kutipan sebanyak 62 emas, 45 perak, dan 52 gangsa, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (55-47-59), Selangor (40-48-35), dan Terengganu (34-29-37).

Manakala juara bertahan, Johor, berada di kedudukan kelima dengan kutipan 27 emas, 31 perak, dan 45 gangsa.

Setakat hari ini sebanyak 358 daripada keseluruhan 488 pingat emas dipertandingkan.

Menariknya, ia merupakan jumlah tertinggi ditawarkan dalam satu hari bagi SUKMA 2024 pada kali ini.

Selain itu, baki 45 pingat emas akan dipertandingkan pada hari terakhir, Sabtu ini.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan