Peruntukan RM20 juta atasi masalah banjir kilat di Batu Kawa – Dr Sim

KUCHING – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian mengumumkan projek rakyat bernilai RM20 juta dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Batu Kawa khususnya Desa Wira.

Menurut beliau, pelan komprehensif sangat diperlukan termasuk menaiktaraf saluran dalaman, pembesaran sistem saluran luaran dan membina kolam takungan.

“Keseluruhan projek yang merangkumi pembinaan kolam takungan di Desa Wira dan penaiktarafan sistem saluran air di sekitarnya dijangka siap dalam tempoh 20 bulan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan kerja untuk memeriksa projek penaiktarafan sistem saluran air yang berjalan di Desa Wira.

Difahamkan projek yang melibatkan menaik taraf sistem saliran air dijangka siap pada Februari 2025.

Dr Sim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah menjelaskan kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan kolam takungan pertama di tanah kosong di hadapan MJC New Township dengan kos RM19.88 juta.

“Selain itu, kolam takungan kedua akan dibina di kawasan komersial Pine Square dengan kos RM22.5 juta dan dijangka siap pada 23 November 2026,” jelas beliau lagi.

Beliau mahu isu banjir dapat diatasi dengan segera dengan menaiktaraf sistem saluran air

“Langkah menangani isu saluran merupakan usaha berterusan kerana jumlah hujan semakin meningkat akibat perubahan cuaca serta pembangunan pesat giat dilakukan di Batu Kawa,” ujar beliau.

Oleh itu, tambah beliau, beberapa langkah perlu diambil supaya dapat mengatasi masalah banjir kilat.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak