Kejayaan Awie bukti kepercayaan rakyat pada BN – Noraini

BATU PAHAT – Kemenangan besar milik Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, semalam, disifatkan sebagai kejayaan gemilang.

Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sokongan pengundi terhadap Azmawi Fikri atau mesra disapa Awie menjadi bukti BN berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat Nenggiri kepada parti itu.

“Tahniah buat Awie yang telah berusaha gigih dalam memperjuangkan isu-isu tempatan dan membawa perubahan positif hasil daripada suara rakyat.

“Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh jentera UMNO dan BN di bawah pimpinan Presiden terutamanya Wanita UMNO, rakan parti Kerajaan Perpaduan serta para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, bekerja keras demi kemenangan ini,” katanya dalam kenyataan.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO yakin dengan kebolehan dan kemampuan Awie dalam memberikan perubahan kepada DUN Nenggiri untuk berkembang maju dan sejahtera.

PRK DUN Nenggiri semalam menyaksikan Mohd Azmawi Fikri, 38, daripada BN menang besar selepas memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi Ismail, yang meraih 5,739 undi.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti