Wartawan perlu bantu polis jalan siasatan ke atas sumber

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menghormati hak media untuk melindungi sumber, tetapi individu yang disiasat perlu memberi kerjasama kepada pihak polis.

Menterinya, Fahmi Fadzil menjawab soalan ketika sidang mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh media apabila ada siasatan polis untuk mengetahui sumbernya, memandangkan kod etika yang digariskan kerajaan menyatakan bahawa wartawan mesti melindungi sumber mereka.

“Sekiranya ada laporan polis dibuat, berdasarkan undang-undang sedia ada ketika ini, kita minta sesiapa yang terlibat dalam siasatan memberi kerjasama kepada polis. Polis akan menyiasat berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Jadi saranan saya berikan kerjasama yang baik. Bagaimanapun, sebelum ini, saya telah mengatakan bahawa dari segi sumber, kami di kementerian menghormati hak media untuk melindungi maklumat mengenai pemberi maklumat atau mereka yang memberi maklumat.

“Bagaimanapun, undang-undang sedia ada terpakai,” kata jurucakap kerajaan itu dalam maklum balas ringkas semasa sidang media selepas mesyuarat mingguan Kabinet.

Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai rombakan besar-besaran melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Timbalan Ketua Polis Negara baru-baru ini tidak benar sama sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian mengenai dakwaan perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Menurutnya, PDRM ingin menegaskan bahawa pasukan itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara tersebut.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan