Penjawat awam boleh congak kadar kenaikan gaji minggu depan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan, susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenal kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata, perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, pada 16 Ogos ini.

“Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita.

“Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Disember, akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu,” katanya seperti dilapor Bernama.

MAPPA-ke19 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya jam 8 pagi pada tarikh berkenaan.

Mohd Shaiful berkata, SSPA itu terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.

“Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, jika mereka menerima SSPA ini, ia menerima pakai semua sama seperti penjawat awam Persekutuan,” katanya.

Ditanya mengenai kebaikan SSPA, Mohd Shaiful berkata, selain kenaikan gaji, sistem itu juga merangkumi pembangunan organisasi dan bakat pegawai serta manfaat kepada pesara.

“Mengikut Akta Pencen, jika berlaku kenaikan gaji kepada pegawai (sedang) dalam perkhidmatan, pesara-pesara juga akan terkesan.

“Jadi, bermaksud mereka juga akan menerima kenaikan mengikut formula-formula yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai kajian semula skim pencen termasuk pengenalan kaedah caruman seperti dilaksanakan pihak swasta, Mohd Shaiful berkata, kerajaan memberi jaminan faedah yang akan dinikmati penjawat awam tidak akan kurang daripada ketika ini.

“Kerajaan tidak akan menanggung beban kewangan berterusan dan pegawai juga tidak menanggung kerugian.

“Faedah dinikmati pegawai akan sama, tidak kurang daripada orang yang dapat pencen… akan ada caruman pekerja dan majikan,” katanya.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati