PKR kutuk tindakan Zionis bunuh Haniyeh

PEMBUNUHAN pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh oleh Israel secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa dan prinsip kedaulatan.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, tindakan iti bukan sahaja meningkatkan ketegangan serantau tetapi juga melanggar norma kelakuan dan perlindungan hak asasi manusia

“Saya mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh, penggunaan langkah-langkah di luar undang-undang untuk menyasarkan individu, tanpa mengira gabungan meletakkan dunia dalam situasi berbahaya dan menjejaskan usaha ke arah keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, usaha dunia mengekalkan keamanan dan kemakmuran selama beberapa dekad yang lalu adalah berdasarkan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, diplomasi pelbagai hala, dan menghormati kedaulatan negara bangsa.

“Percubaan untuk melanggar prinsip ini pasti akan meningkatkan risiko global terhadap konflik dan peperangan yang akan berlaku.

“Saya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat pendirian tegas termasuk mengecam tindakan luar norma kemanusiaan dengan membuktikan kekejaman itu melalui siasatan yang dibuat,” katanya.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terkorban dalam serangan di ibu kota Iran, Tehran.

Pengumuman itu dibuat Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan turut mengesahkan salah seorang pengawal peribadi beliau terbunuh ketika kediaman mereka digempur Israel malah perkara itu disahkan gerakan Hamas.

Related Posts

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings

ASTANA – Satu pasukan khas diwujudkan bagi meneliti secara menyeluruh, termasuk aspek berkaitan syarikat pegangan universiti awam, termasuk UiTM Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia