Dua kereta kemalangan, pemandu selamat

SIBU – Dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah, Jalan Sibu Oya di sini yang melibatkan Proton Saga dan Proton Wira pagi tadi.

Pasukan Anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja laporan diterima pada jam 8.05 pagi.

Menurut Komander Operasi (KO), PBK 1 (KUP) Shairulnizam Wailie, terdapat seorang mangsa masih terperangkap di dalam kereta Proton Saga manakala seorang lagi mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO).

Sejurus ketibaan PKO, mereka bertindak mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat mangsa yang memandu kereta Proton Wira belum dapat dipastikan kerana sebaik berjaya dibawa keluar daripada kenderaan dia dibawa ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum ketibaan PKO,” ujarnya.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029