Tiada peningkatan kos bahan api untuk bas ekspres

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menepis dakwaan berlakunya peningkatan kos bahan api membabitkan pengoperasian bas ekspres.

Memberi jawapan di Dewan Rakyat, Anthony menjelaskan bas ekspres masih menikmati subsidi bahan api terutamanya diesel iaitu pada kadar RM1.88 bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 1.0 (SKDS).

Menerusi SKDS 1.0, bas ekspres tersenarai antara 10 pengangkutan awam darat yang berkelayakan membeli diesel pada RM1.88 setiap liter selain bas sekolah, teksi dan ambulans.

“Tidak hanya itu, kuotanya juga ditingkatkan daripada 2,880 liter bagi setiap bas setiap bulan kepada 6,000 liter. Ini akan dapat membantu pengusaha-pengusaha bas ekspres mengawal kos bahan api dan kos operasi,” katanya.

Sebelum ini Anthony pernah mengingatkan agar pengusaha bas ekspres tidak menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung kerana mereka tidak terkesan kerana masih menerima subsidi.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff