Seorang maut nahas tiga kenderaan

JELI – Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 30.1 Jalan Jeli Dabong, Kelantan pada awal pagi tadi apabila sebuah kereta yang dipandu dari arah Jeli ke Kuala Balah dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dua buah motosikal dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Polis Jeli, Supt Saari Yaacob berkata, pada Selasa jam lebih kurang 12.30 pagi pihak polis telah menerima satu laporan mengenai terdapat satu kes kemalangan maut

Katanya, pihaknya juga mendapati salah seorang penunggang motosikal terbabit telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Melalui maklumat itu katanya, tindakan bantuan di tempat kejadian telah diambil pihak polis Jeli dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta bantuan orang awam.

Bagaimanapun, kes terbabit disasat dibawah seksyen 41 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian dan siasatan lanjut juga akan dijalankan

Justeru, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya selain orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkan bagi membantu siasatan dengan menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Daerah Jeli.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA