Najib bawa isu titah addendum ke Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan rayuan berkenaan dikaitkan dengan kewujudan dakwaan titah addendum.

“Notis rayuan telah difailkan pada 9 Julai, dan Mahkamah Rayuan telah menetapkan 7 Okt untuk pengurusan kes perkara itu,” kata peguam itu kepada Malaysiakini petang ini.

Najib merayu untuk memaksa pihak berkuasa untuk menguatkuasakan titah addendum diraja yang didakwa membenarkan dia menjalani tahanan rumah.

Pada 3 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk kebenaran meneruskan semakan kehakiman.

Hakim Amarjeet Singh memutuskan antara lain bahawa semua afidavit yang mendakwa kewujudan tambahan diraja itu hanyalah khabar angin semata-mata.

Dia memutuskan afidavit oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan langsung tentang kewujudan titah addendum itu.

Amarjeet berkata kedua-dua afidavit sebaliknya hanya memetik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mendakwa mengenai kewujudan titah addendum itu.

Hakim berkata, Najib selaku pemohon semakan kehakiman tidak pernah cuba mendapatkan Zafrul untuk mengesahkan kewujudan tambahan itu sejak awal lagi.

Amarjeet juga memutuskan bahawa dua afidavit Najib sendiri yang menyokong permohonan kebenaran semakan kehakiman itu hanya mengandungi ‘kenyataan kosong tanpa menyebut sumber dan kepercayaannya tentang kewujudan titah addendum itu’. 

Pada 1 April, ketika menjalani hukuman penjara di penjara Kajang atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Tindakan itu menyasarkan tujuh responden, termasuk kerajaan persekutuan, menteri dalam negeri, peguam negara serta Lembaga Pengampunan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bekas ahli parlimen Pekan itu memohon perintah mahkamah untuk memaksa responden mengesahkan dakwaan titah addendum berkenaan, yang dikatakan dikeluarkan pada hari sama dengan perintah diraja utama pada 29 Jan.

Perintah diraja utama menolak hukuman penjara awal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Related Posts

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zambry naik LRT3 ke UiTM Shah Alam, tinjau kemudahan baharu permudah mobiliti pelajar

SHAH ALAM – Kemudahan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah memberi impak besar kepada ribuan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bergantung kepada pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin