Waspada taktik penipuan guna teknologi AI – Fahmi

PUTRAJAYA – Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini pada Isnin, beliau berkata, penggunaan AI sememangnya membantu pembangunan negara, namun ada pihak yang menyalahgunakan teknologi berkenaan.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam posting di Instagram beberapa hari lepas terima panggilan, dan tunjukkan (satu) panggilan WhatsApp video seolah-olah dia yang bercakap, rupa-rupanya ‘deepfake’ yang dibuat secara live.

“AI boleh diguna untuk kebaikan dan kejahatan. Kita perlu waspada maklumat diterima dan pastikan sebarang video diterima adalah benar (tulen) atau dihasilkan melalui aplikasi AI,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menguar-uarkan mengenai bahaya taktik penipuan menggunakan ‘deepfake’ AI ketika ini.

Semalam penyanyi nombor satu negara itu dilaporkan mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Sementara itu Fahmi berkata, beliau akan bertemu dengan semua pengendali media sosial di Singapura pada bulan ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai bahaya AI di platform mereka.

“Saya harap (deepfake AI) dapat ditangani oleh pihak Meta kerana WhatsApp adalah di bawah tanggungjawab Meta,” katanya.

Beliau turut menyarankan semua kementerian memanfaatkan penggunaan AI dalam tugasan dan meminta Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menyelaras kursus teknologi berkenaan.

“AI mampu bantu bukan hanya untuk hasilkan ‘content’ tetapi beberapa aspek lain seperti tugasan dalam aspek ‘coding’, ‘programming’, teliti data, dan ada beberapa perkara lain boleh dimanfaatkan AI,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak