Malaysia, Kuwait bincang perolehan jet pejuang – Khaled

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kerajaan Kuwait dapat menimbang permintaan untuk menjual jet pejuang F/A-18 Hornet kepada Malaysia.

Hasrat itu menurutnya sudah disampaikan ketika lawatan pasukan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke negara itu pada Jun lalu untuk membuat penilaian yang sewajarnya.

“Memang kita ada menaruh minat untuk mendapatkan jet pejuang itu.

“Kita dapati ia sesuai untuk kegunaan kita dan ia juga selari dengan perancangan kita untuk mempunyai aset tentera udara yang boleh menampung operasi dan cabaran dalam kawasan negara.

“Namun, kita tentunya memerlukan persetujuan kerajaan Kuwait, jadi kita dalam proses (berbincang), berdoa dan berharap mereka boleh menimbang permintaan kita,” katanya.

Terdahulu, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dilaporkan berkata, pihaknya akan menubuhkan pasukan untuk lawatan teknikal ke Kuwait pada Jun, berkaitan program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D (Hornet) yang dirangka khususnya bagi mendapatkan sejumlah pesawat terpakai jenis berkenaan dari negara itu.

Beliau dilaporkan berkata, hasil lawatan nanti akan menentukan jumlah sebenar pesawat yang diperlukan, berbanding perolehan yang dirancang iaitu 33 pesawat F/A-18C/D milik Kuwait yang masih dalam keadaan baik serta mempunyai waktu jam operasi yang rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada.

Dalam berkembangan lain, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden Umno berkata, keputusan sama ada membeli atau melanjutkan tempoh sewaan empat helikopter Leonardo AW 139 yang digunakan bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61 Nuri adalah bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

Menurutnya, TUDM secara dasar akan memperoleh aset helikopter baharu bagi memastikan kesiapsiagaan aset dan angkatan tentera supaya boleh menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Kerajaan terutama Kementerian Kewangan sedang menimbang perkara-perkara ini.

“Pokoknya dengan kawasan rantau ini yang semakin dinamik dengan konflik yang berlaku semakin meningkat, maka Malaysia perlu siap siaga.

“Bukan untuk menyerang, tetapi hendak jaga kedaulatan dan pertahanan negara,” katanya.

Untuk rekod, pengoperasian keempat-empat Leonardo AW 139 itu berkonsepkan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) itu dikendalikan oleh Skuadron No 3.

Sewaan helikopter itu dilaksanakan bagi menampung segala tugasan helikopter Nuri yang tamat operasi selaras keputusan Kabinet pada 7 Ogos 2019. 

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak