Kerajaan beri jaminan kuota Bumiputera di matrikulasi kekal

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kuota pelajar Bumiputera sedia ada untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, kekal.

Perdana Menteri berkata, kuota itu tetap dikekalkan kerana ia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Kita ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah, kalau dia (pelajar) itu rakyat dan warga kita, kita harus pelihara tapi kita juga terima kenyataan mengenai meritokrasi, jadi tanpa mengira kaum dan wilayah, dapat 10A kita beri jaminan tempat dalam matrikulasi.

“Kuota Bumiputera tetap dikekalkan kerana ini keputusan yang sudah lama berkait dengan Perlembagaan, jaminan masa depan bumiputera (dan) Melayu supaya tidak berlaku kesenjangan, jadi penjawat awam harus faham, meritokrasi kita pertahankan, tapi keadilan juga kita pertahankan,” kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian pada peringkat matrikulasi bermula tahun ini. la merupakan keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas.

Anwar berkata, walaupun keputusan itu memberikan pengiktirafan pada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, kerajaan pada masa sama tegas mempertahankan kuota Bumiputera.

“Saya percaya perkara ini akan dijelaskan dengan lebih teliti hari ini. Fadhlina (Sidek)
(Menteri Pendidikan) akan cerakinkan secara lebih jelas,” kata beliau.

Beliau berharap pengumuman berkaitan jaminan tempat matrikulasi kepada calon cemerlang SPM tanpa mengira kaum atau latar belakang itu akan membantu negara mengiktiraf setiap calon warganegara yang cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

“Sesiapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita (kerajaan) berikan jaminan tempat di matrikulasi. Maka, kita ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata, keputusan itu menggambarkan bahawa Kerajaan Madani amat prihatin dan mahu negara lebih maju dengan mengutamakan prinsip kesaksamaan yang menjadi moto dalam pentadbiran negara.

“Bidang pendidikan ialah wahana terbaik untuk mencapai mobiliti sosial. Yang terbaik, terpintar, paling cemerlang harus diberikan galakan tetapi jangan dipinggirkan yang miskin,” kata beliau.

Related Posts

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya mengikut saluran sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

KUALA LUMPUR – Datuk Azrin Khairi hari ini dimasyhurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 menerusi Istiadat Menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu