Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini

HULU SELANGOR – Laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember 2022, akan dibuka semula, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor memaklumkan, laluan itu akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada jam 3 petang.

Pada Disember 2022, Kementerian Kerja Raya memaklumkan, Jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun.

Ia bagi membolehkan pelaksanaan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.

April lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, projek pembaikan yang membabitkan kos kira-kira RM19 juta itu sudah mencapai 86 peratus dengan kerja-kerja yang bakal disiapkan termasuk rel adang dan binaan dinding.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka