150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUDAT – Seramai 150 penerima dari Kudat dan Labuan menerima pek makanan perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan Petronas.

Daripada jumlah itu, 100 keluarga di Kudat dan 50 keluarga di Labuan menerima sumbangan barangan keperluan asas serta bahan tradisional perayaan, sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah sepanjang musim perayaan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab, berkata inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Yayasan Petronas dalam memperkasa komuniti, khususnya pada musim perayaan.

“Tahun Baharu Cina melambangkan kebersamaan dan keharmonian. Melalui program Memacu Kehidupan, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada keluarga yang meraikan, selain menegaskan komitmen kami untuk kesejahteraan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Siti Ayu turut memaklumkan bahawa pengagihan di Kudat dilaksanakan dengan kerjasama JPKA sebagai rakan pelaksana, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan menyokong pelaksanaan di Labuan.

Tambahnya, para penerima juga menerima biskut perayaan yang disediakan oleh usahawan di bawah program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) Yayasan Petronas.

Program ini memberi tumpuan kepada penjanaan pendapatan dan pembangunan keupayaan usahawan mikro tempatan, selaras dengan komitmen Yayasan Petronas dalam memperkukuh sumber rezeki yang mampan.

Seorang penerima daripada Kampung (Kg) Landung Ayang, Chong Kong Sing, 76, berkata, Tahun Baharu Cina sentiasa menjadi masa untuk berkumpul bersama keluarga dan meraikannya dalam suasana sederhana.

“Saya amat bersyukur atas bantuan ini. Bagi saya, Tahun Baharu Cina ialah masa untuk bersama sebagai keluarga. Hari ini, kami turut merasai semangat kebersamaan sebagai satu komuniti walaupun datang daripada latar belakang berbeza,” katanya.

Manakala bagi Chong Vui Ken, 72, dari Kg Pangaraban, sumbangan itu menambahkan keceriaan sambutan keluarga mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dan PETRONAS. Bantuan ini menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina kami lebih istimewa,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Chai Pin Kong, 70, dari Taman Sri Kapor, turut berkongsi rasa syukur.

Jelasnya, bantuan itu tiba tepat pada masanya sementara beliau membuat persiapan untuk menyambut perayaan bersama adiknya.

“Tahun ini tiada perhimpunan besar hanya kami berdua berkongsi hidangan ringkas. Bantuan ini memudahkan persiapan dan membolehkan kami menyambut perayaan dengan cara sederhana tetapi penuh makna,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat