109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

LIMBANG – Seramai 109 golongan asnaf dan enam penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima sumbangan beg makanan bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Asnaf Daerah Limbang yang berlangsung di Dewan Kampung Bunga Raya di sini, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, program tersebut bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan, malah mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Program seperti ini sangat bermakna kerana ia menjadi platform untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan di samping memupuk nilai kebersamaan.

“Apabila kerajaan, agensi, pihak swasta dan masyarakat berganding bahu, banyak perkara baik dapat dilaksanakan demi kesejahteraan bersama,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Program berkonsepkan kebajikan itu dianjurkan oleh Sarawak Volunteers Bahagian Limbang dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak, Petronas dan Perkeso Limbang.

Dalam pada itu, Hasbi menaruh harapan agar bantuan tersebut mampu membawa kegembiraan kepada para penerima dan keluarga masing-masing.

Beliau turut menyeru golongan asnaf agar mengambil inisiatif untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan dengan memperkukuh ekonomi keluarga.

Menurutnya, kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat sama ada menerusi bidang perniagaan, pendidikan mahupun latihan kemahiran.

“Justeru, saya berharap para penerima dapat mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan taraf hidup dan membina masa depan keluarga yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“Usaha memperkasakan ekonomi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya para sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam menyelaras bantuan kepada masyarakat setempat.

  • Related Posts

    Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

    GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

    BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

    Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

    Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

    Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

    Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

    Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

    Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

    Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

    Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

    Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

    Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

    • By Ynom
    • April 10, 2026
    Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan