10 daerah di Kedah terjejas selepas dilanda ribut

ALOR SETAR – Beberapa laluan terganggu akibat kejadian ribut dan angin kencang yang melanda 10 daerah di Kedah sekitar jam 8.30 malam semalam.

Penduduk, Mohd Zaid Fitri, 39, dari Alor Setar berkata, kejadian ribut menyebabkan perjalanan pulang dari tempat kerja tergendala apabila terdapat pokok tumbang semasa melalui Lebuhraya Utara-Selatan, sekali gus menyebabkan kesesakan.

“Hujan lebat dan angin kencang tiba-tiba menyebabkan perjalanan pulang terganggu, namun mujur terselamat dan tiada yang ditimpa kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Suhaimi Mohd Zain berkata, sebanyak 10 daerah terjejas akibat ribut di Kedah.

Menurutnya, kejadian turut menyebabkan pokok tumbang yang menghalang laluan, selain kerosakan pada rumah mangsa akibat dihempap pokok dan faktor lain.

“Daerah terjejas termasuk Sik, Padang Terap, Pendang, Kota Setar, Yan, Kubang Pasu, Langkawi, Baling, Kuala Muda dan Pokok Sena.

“Susulan kejadian tersebut, APM telah menjalankan pemantauan di lokasi terlibat, melaksanakan kerja pembersihan di kawasan jalan raya dan rumah penduduk serta membuat penilaian awal kerosakan bersama agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berhadapan cuaca tidak menentu.

Mereka juga diminta mematuhi amaran angin kencang serta mengikuti maklumat terkini di portal agensi berkaitan atas faktor keselamatan.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu