1.2 juta hektar tanah NCR berjaya disukat – Awang Tengah

Oleh: TENGKU MAJID

MUKAH – Sebanyak 1.2 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berjaya disukat secara perimeter setakat ini menerusi inisiatif baharu penyukatan tanah yang dilaksanakan kerajaan Sarawak sejak 2010.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, daripada jumlah tersebut, lebih 900,000 hektar tanah telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai bukti pemilikan sah.

Menurutnya, program penyukatan tanah NCR itu dilaksanakan melalui dua peringkat iaitu penyukatan secara perimeter dan penyukatan secara individu bermula dengan permohonan pemilik tanah.

“Selepas permohonan diluluskan, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) akan mengadakan sesi libat urus dengan pemilik tanah sebelum kerja penyukatan perimeter dilaksanakan dan diwartakan.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan hak milik individu, permohonan perlu dibuat dan setelah diluluskan, surat hak milik akan dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Tellian Tengah Fasa 1 serta Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak di CENTEXS Mukah pada Selasa.

Mengulas lanjut, Awang Tengah memberitahu, kesemua kos penyukatan tanah NCR ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada pemilik tanah.

Jelas beliau, kerajaan negeri memperuntukkan RM40 juta bagi meneruskan program berkenaan, selain perbelanjaan sekitar RM30 juta setahun dan penambahan 467 pegawai baharu JTS di seluruh negeri.

“Program penyukatan kampung tradisi turut dilaksanakan melibatkan kampung-kampung asal Bumiputera dengan keistimewaan seperti pengecualian bayaran premium, cukai tanah serta tempoh pemilikan kekal.

“Kerajaan mengiktiraf tanah adat Bumiputera selagi ia melalui proses perundangan dan disokong bukti sah. Program ini akan diteruskan selagi terdapat permintaan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri