Zon Maritim Sandakan bantu warga emas terima rawatan di HDOK

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Sandakan melaksanakan misi bantuan Medical Evacuate (Medevac) terhadap seorang pesakit wanita warga emas yang memerlukan rawatan segera dari Kampung Tundun Bohangin, Kinabatangan ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan, pada Sabtu.

Pesakit, Saripah Abdul Karim, 73, yang mempunyai kecederaan serius pada mata dan penyakit kronik dibawa menaiki Bot Halilintar 4 dari Jeti Kampung Tundun Bohangin ke Jeti Zon Maritim Sandakan dengan anggaran jarak 45 batu nautika.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Zon Maritim Sandakan menerima aduan pukul 9.20 pagi dan memaklumkan kepada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu seterusnya melaksanakan bantuan tersebut.

“Walaupun dalam keadaan cuaca buruk serta laut bergelora, Saripah yang diiringi dua anaknya selamat tiba di jeti Zon Maritim Sandakan sekitar pukul 11.35 pagi.

“Pesakit kemudian dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Suhairy turut mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di laut seperti memakai jaket keselamatan dan merujuk ramalan kaji cuaca.

“Komuniti maritim juga perlu memastikan bot dalam keadaan baik, membawa Personal Locator Beacon (PLB), memaklumkan destinasi kepada ahli keluarga, membawa bekalan makanan secukupnya serta mengelakkan aktiviti di luar kawasan liputan telekomunikasi.

“Orang awam juga diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau ke talian kecemasan 999,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan