Zirkzee temui sentuhan, bantu United kalahkan Palace

JOSHUA Zirkzee menamatkan kemarau jaringan hampir setahun sebelum Mason Mount muncul wira lewat permainan ketika Manchester United bangkit menewaskan Crystal Palace 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Skuad bimbingan Ruben Amorim ketinggalan hasil penalti Jean-Philippe Mateta pada babak pertama di Selhurst Park, namun jaringan Zirkzee dan Mount selepas rehat memastikan kemenangan pertama United dalam empat perlawanan.

United bangkit selepas persembahan longlai di awal permainan, disusuli gol sulung Zirkzee dalam EPL sejak menewaskan Everton pada Disember 2024.

Penyerang Belanda itu sebelum ini mengharungi 24 aksi liga tanpa jaringan, sekali gus menguatkan persepsi pembelian bernilai £36 juta (RM197 juta) dari Bologna pada 2024 itu sebagai ‘pelaburan kurang menjadi’.

Zirkzee, 24, juga gagal menjaringkan gol dalam lapan penampilan terakhir sejak April lalu.

Mount yang bergelut dengan kecederaan turut berdepan musim sukar bersama United dan jaringan itu hanya gol keduanya musim ini.

Selepas dimalukan Everton yang beraksi 10 pemain di Old Trafford Isnin lalu, kemenangan pertama sejak Oktober lalu memberi suntikan moral buat Amorim.

Malah, ia menamatkan rekod tanpa kalah Palace di Selhurst Park dalam EPL sejak 15 Februari, menggambarkan betapa sukar kebangkitan United dalam kesejukan di London selatan.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM