Zahid sedia berbincang dengan Zafrul

HALA tuju politik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz masih menjadi teka-teki berikutan belum ada perbincangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan oleh Ahmad Zahid yang berkata belum ada perbincangan berhubung desas-desus Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu akan meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun beliau memaklumkan sedia bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita ada berjumpa tetapi belum bincang lagi, mungkin beliau akan cari masa yang sesuai dan saya boleh bertemu bila-bila masa sahaja, tambah sekarang sedang ada sidang Parlimen.

“Jika saya tidak pergi ke outstation (tugasan luar) saya ada di Parlimen. Jadi, biar pejabat saya dan beliau yang akan mengaturkan tarikh sesuai,” katanya ketika ditemui di Desa Seri Ampang, Ipoh, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Sabtu lalu.

Pada 9 Februari lalu, media melaporkan Tengku Zafrul akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi berbincang sebelum mengumumkan keputusan berhubung perkara tersebut.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi