Zahid rakam takziah susulan gempa bumi Myanmar

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada rakyat Myanmar susulan gempa bumi kuat melanda negara itu hingga meragut nyawa secara tragis serta mengakibatkan kemusnahan.

Beliau turut menyatakan solidariti Malaysia dengan rakyat Myanmar dan mereka yang terjejas akibat bencana itu.

“Doa dan ingatan kami bersama-sama mangsa, keluarga mereka dan komuniti yang berdepan kehilangan serta kemusnahan.

“Kami mendoakan agar rakyat Myanmar diberikan kekuatan, ketabahan dan keselamatan pada masa yang sukar ini.

“Semoga usaha menyelamat serta bantuan dijalankan dengan pantas dan berkesan… semoga mereka yang memerlukan menerima bantuan dan sokongan tepat pada masanya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan sama.

Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

Di Myanmar, media tempatan melaporkan bahawa keadaan darurat diisytihar di wilayah Sagaing, Mandalay, Magway, Bago, Negeri Shan Timur serta ibu kota Naypyidaw.

Di Thailand, laporan menunjukkan bahawa sistem transit utama termasuk MRT, BTS dan Airport Rail Link di Bangkok terpaksa dihentikan susulan gegaran itu.

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan darurat di Bangkok dan penilaian kerosakan masih dijalankan.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan