Yusri tekad teruskan usaha Ishsam untuk rakyat Ayer Kuning

CALON Kerajaan MADANI daripada Barisan Nasional (BN), Dr Yusri Bakir berjanji meneruskan segala usaha membangunkan rakyat Ayer Kuning jika menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Berusia 54 tahun, bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Perguruan Guru (IPG) Ipoh itu berkata, legasi kepimpinan penyandang terdahulu Allahyarham Ishsam Shahruddin akan diteruskan untuk rakyat Ayer Kuning terutama dalam aspek pendidikan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana telah selesai proses penamaan calon hari ini, bermula lah kempen dan saya akan berusaha keras bagi memastikan DUN Ayer Kuning dapat dipertahankan sekali gus kekal menjadi milik BN dan Kerajaan Perpaduan.

“Saya bertekad memastikan apa yang diusahakan oleh Allahyarham Isham sebelum ini diteruskan terutama dalam bidang pendidikan dan mahu melahirkan lebih ramai rakyat Ayer Kuning yang berilmu.

“Begitu juga dalam hal membela nasib rakyat Ayer Kuning, kemenangan pada PRK ini pasti akan memudahkan kerja kerja membela nasib rakyat, memajukan Ayer Kuning kerana selari dengan Parlimen Tapah yang wakil rakyatnya juga dari BN,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah, hari ini.

Terdahulu, Yusri diarak lebih 1,000 penyokong BN dan Kerajaan MADANI ke pusat penamaan calon dan menyerahkan borang bertanding pada pukul 9.06 pagi.

Yusri akan berentap tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dalam pada itu, Yusri berharap, persefahaman jitu jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) dapat memberi kelebihan untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan MADANI pada PRK yang akan berlangsung pada 26 April ini.

“Ini sangat baik. Berbanding PRU15, kali ini kita ada kelebihan dengan penyatuan jentera BN dan PH. Ini membantu gerak kerja kempen kita dalam menawan hati pengundi,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian pada 26 April dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April depan.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh