YKM santuni rakyat Sabah, Sarawak sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai

PAPAR – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) menyantuni keluarga yang akan menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang tergolong dalam mereka yang kurang berkemampuan yang terkesan akibat COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah amalan dan tradisi yang digerakkan oleh YKM pada setiap musim perayaan penting yang disambut oleh Keluarga Malaysia, termasuk mereka yang menetap di Borneo.

“Penerima YKM berada di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Setiap kali musim perayaan penting YKM akan mengadakan ziarah kasih dan menghulurkan sumbangan bagi memastikan setiap penerima YKM dapat menyambutnya dengan kegembiraan bersama seluruh ahli keluarga.

“Ziarah kasih hari ini juga membuktikan komitmen berterusan YKM yang bersifat inklusif tanpa ada mana-mana keluarga yang terkesan akibat COVID-19 terpinggir atau tertinggal daripada menerima bantuan YKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Antara penerima bantuan YKM yang menyambut Pesta Kaamatan adalah Arvina Chris Nolvi di Kampung Kilirip Kinarut, Papar bersama-sama empat orang anaknya yang masih bersekolah.

“Arvina yang tiada pendapatan tetap telah kehilangan suami, Henry Bisara akibat COVID-19 pada 15 Februari 2022.

“Beliau mengharapkan bantuan bulanan YKM bagi mengharungi kehidupan membesarkan anak-anak yang masih dibawah tanggungannya,” katanya.

YKM turut melawat keluarga Husidah Ahali yang kehilangan suami akibat COVID-19.

Husidah menetap di Kg Pomotodon Inanam, Kota Kinabalu, itu menyara empat anak dengan sumber pendapatan RM400 sebulan hasil jualan kuih-muih.

Ziarah kasih di Sabah ini diakhiri dengan mengunjungi keluarga Maslinah Abdul Manaf dari Kg Inanam Laut, Kota Kinabalu yang turut kehilangan suami akibat COVID-19 pada 15 Ogos 2021.

Maslinah yang juga peniaga dalam talian menggunakan platform tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan selain bantuan YKM untuk meneruskan kehidupan seharian.

Selain itu, YKM turut menyalurkan bantuan perayaan kepada 14 penerima sempena Hari Gawai.

Ismail berharap setiap pihak termasuk komuniti setempat terutama di kawasan pedalaman untuk membantu menyampaikan maklumat mengenai bantuan ini kepada golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan menghubungi YKM melalui emeladmin@yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi di talian 03-22027493.

Related Posts

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

KOTA KINABALU – Isu jalan raya rosak di kawasan Parlimen Sepanggar diberi perhatian serius, dengan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara berperingkat. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, aduan rakyat berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

IPOH– Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak, termasuk wakil rakyat pembangkang, menerima peruntukan sama rata sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028